Pelakon Rita Rudaini mengimbau kembali perjalanan pahit yang dilaluinya dalam rumah tangganya 13 tahun lalu.
Menerusi perkongsian di TikTok, Rita berkata pengalaman tersebut menjadikan dirinya wanita lebih kuat dan tidak hilang dirinya.
BACA: Airit Rayyan Komen ‘Tak Kenal’ Bapa, Rita Rudaini Respon “Saya Tak Ajar Tau”

“Saya tidak kehilangan diri saya dalam kekecewaan. Saya mendapat diri saya selepasnya,” tulisnya.
Dalam hantaran berkenaan, Rita turut memuat naik keratan akhbar berkenaan kisah rumah tangganya dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan.
Dalam pada itu, Rita turut mengatakan apa yang dilaluinya itu tidak menghancurkan dirinya sebaliknya membina menjadinya lebih kuat.
“Terima kasih atas pengalaman, ia tidak menghancurkan saya, ia membina saya,” katanya.