Penyanyi Zizi Kirana berkata selepas bercerai pada April lalu dia dengan bekas suaminya, Yusuf Bahrin tidak lagi berhubung.

Memetik Astro Gempak, Zizi bagaimanapun masih lagi berhubung dengan menjaga hubungan baik dengan keluarga mentuanya.

BACA: Zizi Kirana Kekal Hubungan Baik Dengan Ibu Bapa Mentua

Malah, Zizi berkata keluarga mentua turut menziarahinya jika ada kelapangan serta menyifatkan ibu bapa mentuanya sangat baik. 

“Saya dan Yusuf memang tak ada berhubung. Saya memang terus ‘cutoff’ (putuskan hubungan) tapi dengan keluarga dia (mentua) dengan mak, abah, adik ipar dan mak saudara dia semua, Alhamdulillah sampai sekarang kami masih berhubung.

“Mak dan abah mentua saya orang yang sangat baik, jadi saya rasa hubungan dan silaturahim itu tak patut saya putuskan. Kadangkala mak sendiri cakap dan berdoa supaya ukhwah kami berkekalan hingga ke jannah.

“Baru-baru ini mereka datang ziarah saya ke rumah, bawa macam-macam makanan seperti asam pedas, kerepek dan kuih. Masya-Allah, inilah kebahagiaan. Walaupun nampak macam biasa, tapi ini menyenangkan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Zizi berkata dia tidak ada masalah seandainya terserempak dengan bekas suaminya dalam acara majlis kerana dia sudah melupakan segalanya.

“Ada saja kami terserempak di majlis atau acara sebab kawan-kawan dia merupakan kawan saya juga. Mereka akan beritahu saya yang Yusuf akan ada juga dia acara tersebut, mereka tanya saya okey ke. Saya okey je.

“Seingat saya mungkin ada sekali atau dua kali terserempak dalam satu majlis yang sama. Saya dah tak ada apa apa rasa, tak ada perasaan tak puas hati ke awkward ke tiada. Saya dah lupakan semuanya,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

Gambar: Utusan Online

×