Elfira Loy Pakai Baju Arwah Ibu Sebagai Pengubat Rindu

Pelakon Elfira Loy berkongsikan dia mengenakan baju dan barangan arwah ibunya sebagai pengubat rindu.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Elfira berkata dia mahu mengatakan dirinya kuat namun sebenarnya ‘remuk’ di atas pemergian ibu tercinta.

BACA: “Hubungan Dengan Suami Jadi Tak Best” – Elfira Loy Pernah Kena Penyakit Ain

“Mommy, awak nampak macam mama la’. Ya, sebab saya memakai baju dan semua barang tok mama. Saya sangat rindukan arwah.  Saya mahu cakap yang saya kuat, sebenarnya remuk jugalah,” katanya.

Sementara itu, Elfira berkata dia sebak ketika memilih baju arwah ibunya serta menyifatkan permasurinya itu mementingkan kebersihan serta penampilan.

“Terutama bila tengah pilih baju sebab mama ini dia suka bersih, cantik, wangi dan kena presentable. Walaupun nak pergi solat saja,” katanya.

Pada 6 Ogos lalu, Elfira memaklumkan ibunya dijadual menjalani satu prosedur perubatan berisiko tinggi serta memohon doa orang ramai agar prosedur itu lancar.

×