“Lagu Ratuku Memang Untuk Erra Fazira” 

Penyanyi Datuk Awie mendedahkan lagu Ratuku ditulis khusus untuk Erra Fazira yang ketika itu dikenali sebagai Ratu Cantik Malaysia.

Menerusi satu podcast, Awie berkata lagu tersebut dicipta sebagai kenangan mereka yang ketika itu menjalin hubungan cinta. 

BACA: Jerebu Rosakkan Paru-Paru, Awie Kembali Hidap Bronkitis

@kasionzchannel

Soalan perangkap Erra untuk Dato’ Awie ? Saksikan episod 40 Jumaat ini, jam 8 malam hanya di Youtube Channel Kasionz #kasionz ezwanerra. @Fazira Wan Chek @ezwanzain

? original sound – KasiOnz – KasiOnz

“Sebenarnya lagu Ratuku memang khusus untuk dia (Erra Fazira) la. Masa itu saya buat projek istimewa lagu Ratuku dan Bara. 

“Ratuku, kebetulan saya buat lirik… bila saya buat lirik saya bayangkan ketika itu saya kenal dia adalah seorang ratu… dia menang ratu cantik Malaysia waktu itu. 

“Jadi saya tulis la sesuatu untuk dikenang dalam percintaan pada ketika itu. Jadi, saya tuliskan untuk kenangan. Dalam lagu itu macam doa la kan. Konon boleh bersama la kan… hmm haram. Tak makbul,” katanya.

Sementara itu, Awie turut berkongsikan lagu Tragedi Oktober turut ada kaitan dengan Erra berdasarkan kejadian yang berlaku ketika itu.

“Waktu itu saya rakam lagu itu di LA. Tiba-tiba komposer album itu bagi lagu tapi tak ada lirik. Saya balik bilik dan duduk berfikir apa nak buat. 

“Saya buat berdasarkan kejadian yang berlaku persekitaran saya.Jadi saya imbas kembali apa benda yang saya dah buat. Ada satu tragedi di dalam bulan Oktober. 

“Di mana saya telah mengasari dia (Erra). Jadi, itu yang saya tulis ‘Tak sanggup lagi aku mengenangkan kisah lalu, keganasan menghantui diriku’. Saya pun tulis la… jadi lagu ini untuk dia juga,” katanya.

×