Diana Danielle, Kekasih Putus Cinta 

Pelakon Diana Danielle mengesahkan hubungan cintanya dengan usahawan dikenali sebagai Bern sudah pun berakhir.

Memetik Utusan Malaysia, Diana bagaimanapun enggan mendedahkan punca hubungan mereka putus di tengah jalan serta mengatakan itu adalah keputusan terbaik untuk mereka.

BACA: Diana Danielle Syukur Teman Lelaki Boleh Diharap

“Saya ada sebab kenapa saya muat naik perkara itu, walaupun itu bukan cara yang saya mahu. Saya cuma nak fokus untuk melangkah ke hadapan.

“Tidak perlu tanya punca, dia orang sangat baik cuma ini yang terbaik untuk kebaikan kami berdua,” katanya.

Sementara itu, Diana berkata dia dalam keadaan baik sahaja dan mahu memberi fokus kepada masa depan.

“Saya okay sahaja, banyak lagi perkara dalam hidup ini yang perlu disedihkan,” katanya.

Difahamkan, baru semalam Diana hadir ke majlis gala tayangan filem Terbang dan turut ditemani Bern.  

Sumber: Utusan Malaysia

×