Pelakon Diana Danielle berkata dia mengakui mempunyai perancangan ke alam perkahwinan dengan teman lelakinya yang dikenali sebagai Burn.
Memetik mStar Online, Diana bagaimanapun tidak mahu terburu-buru serta banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan besar itu.
BACA: Diana Danielle Nafi Kenal Kekasih Ketika Tempoh Idah
“Tentang perkahwinan ini, nanti bila dah ada kad, saya akan edarkan. Bila kita mula berkawan sudah tentu kita tahu ke arah mana hala tuju hubungan itu. Tentulah ke arah perkahwinan.
“Tapi ada banyak perkara yang perlu saya fikirkan juga membuatkan kita kena menjadi lebih strategik,” katanya.
Sementara itu, Diana berkata dia bersyukur teman lelakinya sentisa memberi sokongan kepadanya serta melihat lelaki itu seorang yang boleh diharap.
“Saya bersyukur Burn seorang yang menghargai dan beri sokongan dia tetap berada di belakang, bukan jenis cuba nak curi tumpuan. Kehadirannya itu memberikan kekuatan.
“Waktu sukar pun dia tetap ada. Contoh bila saya penggambaran balik lewat malam seorang diri, dia ada bersama dalam fasa itu. Perkara itu membuktikan dia seorang lelaki yang boleh saya harapkan,” katanya.
Sumber: mStar Online