Penyanyi Amira Othman berkata dia belum bersedia untuk berkongsikan wajah anaknya, Muhammad Jarir Umar kepada umum.
Memetik HibGlam, Amira berkata dia mahu menjaga kesejahteraan anak-anak supaya dapat membesar seperti kanak-kanak lain dan akan berkongsikan kepada umum apabila tiba masanya nanti.
BACA: Tuduh Tak Buat Kerja: Amira Othman Keliru SKMM Bukan Pemilik Platform Media Sosial
“Insya-Allah apabila sesuai pada waktunya nanti, kita pasti akan kongsikan kepada peminat. Bagi saya biarlah dia melalui kehidupan kanak-kanak seperti yang lain asalkan dia dipelihara. Maklumlah mak dan ayah dia ada ‘haters’.
“Jadi saya harap perkara itu tidak melibatkan dialah, apa-apa pun kita sentiasa berdoa yang baik-baik,” katanya.
Sementara itu, Amira terbuka berkongsikan dia bersalin secara pembedahan namun kaedah apa sekalipun tidak sepatutnya timbul isu perbandingan.
Malah, Amira berkata dia turut menjalani proses berpantang namun suami sentiasa berpesan agar tidak tertekan.
“Saya buat pembedahan. Tetapi saya selalu beritahu terutama bila buat sesi siaran langsung, tak kisahlah bersalin secara pembedahan atau normal, susu formula atau susu badan. Yang penting kita dapat beri apa yang termampu untuk melindungi anak.
“Ibu saya agak tegas, jadi saya memang ikut pantang betul-betul dan paling penting tidak mahu stres. Suami pun selalu pesan supaya sentiasa bertenang dan jangan tertekan,” katanya.
Amira dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki pada 23 Jun lalu.
Sumber: HibGlam