Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz berkata dia enggan ambil tahu mengenai dakwaan kononnya ddia dengan pelakon Melinda Dadew dilamun cinta.

Memetik Utusan Online, Aliff berkata dia kini sibuk dengan pementasan teater muzikal Mansur & Lui serta tiada masa untuk ambil tahu apa yang diperkatakan di media sosial.

BACA: “Saya Anggap Aliff Aziz Macam Abang” – Melinda Dadew

“Minta maaflah, saya sebenarnya beberapa hari, baru minggu ini, saya tidak fokus pun kepada media sosial kerana tugas kita sebagai pelakon teater untuk masuk dalam dimensi ini sangat padat.

“Jadi bagi saya, lebih baik saya luangkan masa untuk fokus bagaimana saya mahu memperbaiki Sultan Mansur ini daripada saya fokus kepada perkara-perkara yang di luar bidang kuasa,” katanya.

Sementara itu, Aliff berkata dia tidak kisah dengan apa yang netizen mahu perkatakan mengenainya kerana baginya kita tidak boleh memuaskan hati semua orang.

“Orang mahu komen apa pun mengenai saya, tidak mengapa. Pada akhirnya, seperti yang saya katakan, ada orang suka, ada orang tidak suka.

“Ada orang tidak ada kerja, ada orang ada kerja. Jadi bagi saya, saya ada kerja yang sangat berat, tanggungjawab yang sangat besar yang harus saya galas. Fokus saya di situ. Selebihnya, saya tidak boleh hendak kata apa-apa. Begitulah,” katanya.

Sejak semalam tular hantaran seorang individu mendakwa Aliff dan Melinda menjalin hubungan serta memuat naik video mereka sedang menjalani aksi latihan pementasan teater. 

×