Pempengaruh media sosial, Sajat meluahkan rasa syukur dapat berjumpa dengan ibunya, Maimon Omar selepas enam tahun.
Menerusi perkongsian di Instagram, Sajat berkata berkata tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata apabila dapat bertemu serta memeluk ibu tercinta.
BACA: “Walau Saya Macam Ni…” – Lama Tak Jumpa, Sajat Salam Berlapik Dengan DSV
“Enam tahun adalah tempoh yang panjang untuk berjauhan dengan seseorang yang kita sayang. Hari ini, dapat melihatnya, memeluknya dan meluangkan masa bersama terasa seperti sesuatu yang tidak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata.
“Hidup mungkin membawa kita jauh, tetapi jarak tidak akan pernah memadamkan kasih sayang antara seorang ibu dan anaknya,” tulisnya.
Sejak 2021, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menetap di Australia selepas meninggalkan Malaysia.