Pelakon dan penyanyi, Farahdhiya mempersoalkan bagaimana adegan kurang sesuai drama Madu Atau Racun mendapat kelulusan untuk ditayankang kepada umum.
Menerusi perkongsian di Threads, Farahdhiya berkata dia tidak pernah menonton drama tersebut dan hanya mengetahuinya apabila tular di media sosial serta dia turut terkejut melihat adegan berkenaan.
BACA: JPM Tegas Tolak Tayangan Drama ‘Madu Atau Racun’

“Meh saya bagi pendapat saya yang baru 20 tahun lebih dalam industry ni. Pertama sekali, saya tak pernah tengok pun drama tu dan hanya mengetahui cerita tu di social media bila dah viral.
“Saya sendiri terkejut dan malu tengok adegan-adegan tersebut dan sejujurnya tertanya-tanya macam mana boleh lulus tayangan babak-babak sebegitu,” tulisnya.
Sementara itu, Farahdhiya berkata perkara yang salah tetap salah dan pihak berkenaan perlu belajar daripada kesilapan.
“Kita tak perlu tegakkan benang yg basah. Benda yang salah tetap salah,pusing la macam mana skali pun. Cuma belajar dari kesilapan,” tulisnya.