Penyanyi Adira Suhaimi berkata dia berharap kes pengesahan lafaz rujuk membabitkannya dengan bekas suami, Datuk Seri Adnan dapat diselesaikan dengan cepat.

Memetik Oh Bulan, Adira berkata kes tersebut sudah hampir setahun berjalan dan berharap ianya dipermudahkan.

BACA: Adira Dedah Datuk Red Letak Syarat Untuk Batal Kes Rujuk, Minta Bayar RM100,000 

“Semoga kes ini berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan selesai cepat. Sebab saya rasa sudah hampir setahun kes ini berlarutan. Anak saya yang bongsu pun sudah nak masuk usia lima tahun,” katanya.

Pada 18 Disember lalu, Datuk Red mendakwa berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 ketika Adira masih dalam tempoh idah selepas perceraian mereka.

Bagaimanapun, Adira terkejut bekas suaminya memfailkan pengesahan rujuk tanpa pengetahuannya serta mendakwa Datuk Red meminta bayaran sebanyak Rm100,000 syarat untuk batalkan kes rujuk di mahkamah.

Sumber: Oh Bulan

×