Pengacara Maria Tunku Sabri menafikan dakwaan dia pernah membuli kru di bawah jagaannya sebaliknya tegas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua pramugari.

Memetik Astro Gempak, tampil menjelaskan dakwaan tersebut, Maria berkata mungkin ianya timbul menerusi perkongsian penyanyi Zarul Umbrella dalam satu podcast.

BACA: “Saya Ibarat Gadis 18 Tahun” – Maria Tengku Sabri Boleh Solat Berdiri Lepas Jalani Bariatrik

Menurut Maria, sebagai ketua pramugari sudah menjadi tugasnya menjaga kru dan dia yang akan dipertanggungjawabkan jika berlaku kemalangan atau insiden tidak diingini.

“Saya rasa ia bermula di podcast Zarul Umbrella. Saya dulu bekas ketua pramugari. Saya bukan buli orang tetapi melaksanakan tanggungjawab saya sebagai ketua pramugari. Jangan salah tanggapan boleh tak? Saya mengajar krew yang baru dan menjaga krew.

“Bila naik flight, kalau ada sesuatu kemalangan berlaku sama ada kecil atau besar, saya yang akan bertanggungjawab. Saya sangat ambil serius kerja. Saya akan pastikan mereka tahu buat servis, first aid dan keselamatan. Jadi, sebab itu saya pastikan mereka ada pengetahuan tip top dan 100 peratus,” katanya.

Tegas Maria lagi, dia hanya bersikap tegas apabila bekerja namun menjadi rakan apabila sudah selesai bertugas.

“Netizen tak faham dan ingat saya pembuli. Saya tegas bab kerja. Namun, bila dah sampai destinasi, saya jadi geng dengan mereka dan ajak makan. Bila saya pakai uniform, saya ketua pramugari,” kongsinya.

Sumber: Astro Gempak

×