Penyanyi Radhi OAG berkata dia mahu mencari ‘sakinah’ terlebih dahulu apatah lagi selepas ini merupakan perkahwinan ketiga buatnya.

Memetik Harian Metro, Radhi berkata dia kini sedang mengenali seorang wanita namun enggan berkongsikan mengenai identitinya.

BACA: Radhi OAG Dipuji Cuci Lantai Masjid

“Mengenali (wanita) itu, setiap hari ada sahaja. Jadi saya tak nak ‘elaborate’ (menghuraikan) terperinci, tetapi ‘ si dia’ itu ada. Terpulang kepada saya yang mana satu saya pilih, insya-Allah, doakan.

“Saya dan ‘si dia’ sudah kenal lama. Cuma, tidak ‘pressure’ (ada tekanan) sebab yang penting kita nak dapatkan ‘sakinah’ (dalam perhubungan dulu). Kalau tidak ada ‘sakinah’ (ketenangan), bagi saya ‘no point’ juga sebab ini perkahwinan ketiga.

“Maka, yang ‘mawaddah’ dan ‘rahmah’ pula selepas kahwin lah. Apa pun, ‘sakinah’ yang ‘first’ (pertama) kena dapatkan dulu,” katanya.

Sementara itu, Radhi berkata kedua-dua pihak perlu saling mengenali hati budi sebelum membuat keputusan berkahwin dan berfikir sedalamnya sebelum melangkah ke fasa seterusnya.

“Dia kena berhati-hati dan saya pun berhati-hati. Sebab, semua (wanita) yang saya kenal ini sama juga untuk tengok dari segi boleh ke terima anak-anak saya dan anak-anak saya pun boleh juga ke terima?

“Benda-benda macam ini dan kasihan juga pada ‘si dia’ itu. Sebab, kena fikir betul-betul dulu kalau nak kahwin dengan saya. Malah, saya pun kena fikir juga boleh ke saya ‘handle’ (perkahwinan) kali ketiga ini.

“Sebab itu saya pentingkan kena dapat ‘sakinah’ dalam perhubungan dulu. Maksudnya hubungan tidak ada tekanan dan ‘si dia’ memang boleh terima anak-anak saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

×