Isteri kepada penyanyi Zubir khan iaitu Dr Heama Maleini berkata dia melihat suaminya itu seorang lelaki terbaik dan tidak melihat kekurangan padanya.

Memetik Oh Bulan, Heama keadaan fizikal suaminya tidak pernah menjadi penghalang malah dia melihat suaminya mampu melakukan pelbagai perkara.

BACA: “Saya Berjaya Yakinkan Keluarga…” – Dr Heama Maleini Peluk Islam Sebab Sayang Zubir

“Bagi saya, dia adalah lelaki yang terbaik buat saya dan saya tidak melihat sebarang kekurangan padanya. Saya juga melihat dia boleh melakukan segalanya, malah lebih baik daripada mereka yang mempunyai dua tangan,” katanya.

Sementara itu, Heama berkata turut berharap orang ramai tidak persoalkan mengenai kekurangan fizikal suaminya dan dia akan sentiasa menjadi ‘tangan’ buat Zubir.

“Saya mohon jangan cakap begitu pada saya kerana bagi saya dia lelaki yang paling sempurna. Saya akan sentiasa menjadi tangan kanannya,” katanya.

Sumber: Oh Bulan

×