Intan Serah Akui Memilih Calon Suami, Cari Lelaki Kaya & Kacak

Pempengaruh media sosial, Intan Serah mengakui dia masih belum bertemu jodoh kerana sikapnya yang terlalu memilih dalam mencari pasangan.

Memetik mStar Online, Intan berkata berkata dia sememangnya mahu berkahwin namun belum lagi dipertemukan dengan lelaki bersesuaian.

“Ya saya memang nak berkahwin tapi belum ada jodoh mungkin sebab memilih juga antara salah satu punca saya belum berkahwin kot.

“Kalau ada yang kenal dengan mana-mana lelaki yang kacak dan kaya boleh la tolong kenalkan pada saya ya,” katanya.

Sementara itu, Intan berkata dia mengakui trauma berikutan banyak isu rumah tangga yang dikongsikan di media sosial.

“…Sebab bukan apa senang nanti kehidupan saya boleh aktif sukan bersama dan tak perlu fikir masalah lain, lagipun trauma juga dengan isu rumah tangga sekarang ni kan, macam-macam hal berlaku,” katanya.

Sumber: mStar Online

×