Isteri kepada penyanyi Zubir Khan iaitu Dr Heama Maleini berkata bukan mudah nak yakinkan keluarga untuk memeluk agama Islam serta berkahwin dengan pasangan berbeza agama.
Memetik BH Online, Heama berkata pada awalnya ahli keluar sukar untuk terima keputusannya itu namun selepas meihat keperibadian Zubir berjaya meyakinkan keluarganya.
BACA: “Saya Tak Masuk Agama Hindu, Bakal Isteri Dah Peluk Islam” – Zubir Khan Terima Nasihat Netizen
“Selama 27 tahun saya menganut agama Hindu dan ingin memeluk Islam untuk berkahwin, sudah pasti keluarga menghalang.
“Saya berjaya meyakinkan keluarga untuk memeluk agama Islam selepas mereka melihat keperibadian Zubir yang sangat bertanggungjawab serta mengambil berat tentang saya, itu yang membuka mata keluarga.
“Pada satu tahap, ibu beritahu sebenarnya saya sudah menemui seorang lelaki yang tepat untuk dijadikan suami dan mereka percaya, pada akhirnya saya akan hidup bersama dengan orang yang saya sayang,” katanya.
Sementara itu, Heama berkata keputusannya untuk memeluk agama Islam antara perkara terbesar yang pernah dilakukannya dan akan belajar secara perlahan-lahan.
“Sebab utama saya memeluk Islam kerana saya sayang dengan Zubir dan mahu berkahwin dengannya. Pada masa sama, saya juga tertarik untuk mendalami dan belajar tentang agama Islam. Belajar sesuatu perkara yang baharu dalam hidup (tentang Islam) juga perlu.
“Saya sering dengar ramai orang beritahu Islam itu agama yang mudah. Jadi kenapa nak menyusahkan? Saya juga akan belajar tentang Islam secara perlahan-lahan di mana dari cinta kepada Zubir kini saya teruja untuk belajar agama Islam,” katanya.
Sumber: BH Online