Pelakon Fikry Ibrahim dan isterinya, Khaliza Alihan menjadi perhatian apabila pasangan itu dilihat tidak lagi saling mengikuti satu sama lain di Instagram.
Berdasarkan pemerhatian, pasangan itu juga dilihat sudah lama tidak memuat naik gambar bersama sekaligus mencetuskan tanda tanya.
BACA: “Siapa Je Yang Kahwin Tak Nak Bahagia?” – Isteri Fikry Ibrahim
Dapat dilihat di akaun Fikry masih lagi ada gambar bersama isterinya namun di akaun Khaliza tidak lagi memaparkan gambar mereka berdua.
Menerusi Instagram Fikry, aktor itu dilihat ada memuat naik hantaran berkenaan isterinya menyambut ulang tahun kelahiran pada November tahun lalu.
Terdahulu, Khaliza pernah memfailkan permohonan cerai pada Mei tahun lalu, namun menarik semula permohonan itu pada Jun. Fikry Ibrahim dan Khaliza mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup pada 12 Februari tahun lalu.