Dunlop terus memperkukuh strategi pertumbuhan jangka panjang di Malaysia sekaligus memperluaskan rangkaian pengedar, penawaran produk yang lebih menyeluruh serta pelaburan berterusan dalam teknologi tayar bagi memenuhi keperluan pengguna tempatan yang semakin berkembang.

Dalam tempoh beberapa bulan, Dunlop telah berjaya menambah rangkaian pengedarnya daripada kira-kira 150 kepada lebih 200 buah premis di seluruh negara sejak Mei 2026.

Peningkatan menunjukkan  lebih 30 peratus, ianya telah mengukuhkan lagi kehadiran jenama tersebut di Malaysia. Ianya juga telah mencerminkan keyakinan pengedar dan rakan perkhidmatan automotif terhadap Dunlop.

Pengarah Urusan Toyotsu Binter Malaysia Sdn. Bhd., Marcus Lim berkata, Malaysia merupakan pasaran penting bagi Dunlop dan mempunyai potensi pertumbuhan yang besar. Beliau mahu menjadikan Dunlop sebagai satu teknologi tayar premium lebih mudah dimiliki pengguna.

Syarikat itu turut menawarkan produk yang mengutamakan kualiti, keselamatan, prestasi dan nilai. Selain itu, Dunlop akan terus memperluaskan kerjasama dengan pengedar tayar, pusat servis automotif dan saluran peruncitan baharu.

Bagi menyokong strategi itu, Dunlop terus memperluaskan pilihan tayarnya. Antaranya ialah Blue Response TG untuk kegunaan harian, SP Sport Maxx 060+ bagi pemanduan berprestasi tinggi dan Grandtrek R/T01 untuk SUV serta trak pikap. Dunlop juga bakal memperkenalkan e.Sport Maxx yang dibangunkan khas untuk kenderaan elektrik (EV).

Selain pasaran tayar gantian, Dunlop turut mengukuhkan kerjasama dengan pengeluar peralatan asal (OEM). Syarikat itu membekalkan tayar kepada jenama seperti Toyota, Lexus, Isuzu, Mazda dan Leapmotor.

Kerjasama ini disokong oleh Toyotsu Binter Malaysia dan Sumitomo Rubber Industries untuk memastikan kualiti produk, bekalan yang stabil serta sokongan pelanggan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sumitomo Rubber Asia (Tyre) Pte. Ltd., Takehiko Asai berkata, Dunlop akan terus membangunkan teknologi tayar generasi baharu.

Teknologi itu memberi tumpuan kepada kecekapan tenaga, cengkaman lebih baik di jalan basah, pengurangan bunyi dan tayar pintar. Beliau berkata, Malaysia merupakan pasaran utama bagi Dunlop. Oleh itu, syarikat akan terus melabur dalam rangkaian pengedar, memperkenalkan produk yang sesuai dengan keadaan jalan raya tempatan dan mengukuhkan kedudukannya dalam industri automotif negara.

×