Syed Saddiq Berjaya Kumpul RM54,692 Hari Pertama Larian Kesyukuran

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berjaya mengumpul RM54,692 pada hari pertama Larian Kesyukuran semalam.

Menerusi video dikongsikan di Instagram, Saddiq mengakui terkejut dengan sambutan diterima apabila orang ramai sangup menunggu di tepi jalan untuk memberikan sokongan kepadanya.

BACA: Syed Saddiq Mahu Lari 170km Dari Putrajaya Ke Muar Tanda Syukur

“Sepanjang perjalanan dari Putrajaya ke Salak Tinggi ada orang menunggu di tepi jalan untuk memberikan semangat, menghulurkan tangan dan mendoakan kami.

“Tetapi apabila sampai di Labu, saya langsung tidak sangka melihat lautan manusia yang masih menunggu walaupun sudah malam. Saya mungkin orang yang berlari, tetapi perjalanan ini digerakkan oleh anda semua,” katanya.

Larian selama empat hari itu menyasarkan dana sebanyak RM200,000 bagi membantu penduduk di kawasan Parlimen Muar.

×