Sebelum ini, pelakon dan pempengaruh media sosial Norreen Iman menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar bersama dua anaknya di Instagram.
Menerusi gambar berkenaan penampilan Norreen menjadi bualan apabila dilihat berambut pendek dan tidak lagi mengenakan tudung.
BACA: “Doa Yang Baik-Baik Je, Tapi Kalau Dah Level Sampai Fitnah Ni, Melebih”
View on Threads
Terbaru, Norreen dilihat memuat naik gambar dan video berada di gim mengenakan baju lengan panjang berwarna coklat gelap bersama bandana di kepala.
Dalam hantaran berkenaan, Norreen menulis kapsyen ringkas mengatakan dirinya berada di tempat kegemarannya.
Diruangan komen, ada yang mempersoalkan mengenai pakaian dikenakan didakwa agak ketat serta ada yang mengatakan mungkin Norreen berada di fasa iman naik turun.
Dalam pada itu, ramai yang turut mendoakan agar Norreen kembali berhijab atau mungkin perlahan-lahan menutup aurat.
