Anak kepada pengarah terkenal, Aziz M Osman dan penerbit Puteri Lily Lokman iaitu Ara Aziz melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi pada usia 15 tahun.
Menerusi satu hantaran, Ara melanjutkan pengajian universiti selepas menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) pada tahun lalu.
BACA: “Bila Dah Bercerai, Alhamdulillah Kita Rasa Tenang” – Bekas Isteri Aziz M Osman
Meluahkan rasa syukur kini melalui fasa baru dalam hidupnya, Ara berkata menjadi antara pelajar termuda adalah pengalaman yang mengujakan.
“Hari penuh emosi (sentimental) yang takkan pernah saya lupakan. Melangkah masuk ke @manipalucmsia sebagai salah seorang pelajar termuda adalah sesuatu yang mengujakan sekali gus merendah diri. Setiap perjalanan yang hebat bermula dengan satu langkah, dan hari ini, perjalanan saya bermula,” tulisnya.
Sementara itu, ibunya iaitu Puteri Lily berkata Ara melanjutkan pengajian di peringkat asasi serta meminati bidang sains sejak kecil lagi dan bercita-cita untuk menjadi pakar bedah otak.
“Ara memang sejak kecil suka subjek sains. Dia bercita-cita mendalami bidang neurologi tapi mommy cakap belajar basic dulu. Mana tahu tengah belajar dia nampak minat kepada bidang lain. Just explore everything.
“Apa pun, saya ingin berkongsi sesuatu tentang Ara. Sejak kecil lagi, dia bukanlah seorang yang suka menilai orang lain.
“Sekiranya dia melihat tingkah laku seseorang, dia akan bertanya, ‘Bagaimanakah otak orang itu boleh berfikir sedemikian? Apakah yang membuatkan setiap otak manusia berfikir secara berbeza?
“Disebabkan itulah dia sememangnya bercita-cita untuk menjadi pakar bedah otak. Katanya, ciptaan ALLAH ini sangat menarik; bentuk otak adalah sama, tetapi bagaimanakah corak pemikiran boleh berbeza-beza? katanya.