Bekas isteri penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah sering menjadi perhatian ramai selepas rumah tangganya berakhir pada Disember tahun lalu.
Memetik Kosmo, timbul dakwaan mengatakan Dr Afifah atau mesra dipanggil Dr Fie dikatakan sudah menemui kebahagiaan.
BACA: “Ya Allah Lindungi Anakku Dari Segala Niat Jahat” – Ibu Dr Fie
Dr Fie dikatakan sedang dalam fasa berkawan dan hubungan tersebut didakwa turut mendapat restu keluarga kedua-dua pihak.
Sementara itu, ada sumber mendakwa ternampak gambar Dr Fie bersama beberapa individu di hadapan sebuah pesawat persendirian.
Gambar tersebut seolah memberi bayangan ‘rakan’ barunya itu merupakan orang kuat sebuah syarikat besar.
Apa pun kita nantikan jika ada penjelasan dari Dr Fie sendiri serta mendoakan kebahagiaannya.
Sumber: Kosmo