Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly menjadi perhatia memuat naik mengenai menantunya, Elisya Sandha yang menyediakan juadah berbuka puasa untuknya.
Menerusi hantaran di Threads, Sheila berkata Elisya sudah bertanya kepadanya pada waktu pagi lagi ibu mengenai juadah yang mahu dinikmatinya untuk berbuka puasa.
BACA: Sheila Rusly Dedah Menantu Suka Lepak Dalam Bilik Mentua
View on Threads
Sheila berkata dia sedang berdiet, serta berseloroh mengatakan tidak jadi untuk diet selepas melihat Elisya menyedia judah yang sedap-sedap.
Dalam perkongsian itu, Sheila turut mengucapkan terima kasih buat menantunya itu kerana menyediakan juadah berkenaan.
“Pagi-pagi dah tanya mama nak buka puasa apa today? ‘Simple jer sya.. mama diet.. ok ma’.
“Nah sekali masak bukan main tempoyak udang dia belanja terus cancel diet, thank you for cooking,” tulisnya.
Perkongsian Sheila itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Elisya seorang menantu yang rajin serta suka melihat hubungan rapatnya dengan mentua.
