Ibu kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Datin Kartini menjadi perhatian apabila berkongsikan proses penyediaan Nasi Ayam Mama Tini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Datin Kartini berkongsikan nasi ayam tersebut dijual pada harga RM26 sebekas serta bersedia mengambil tempahan.

BACA: “Kadang Syaitan Yang Berupa Manusia Cuba Ganggu Kebahagiaan Orang” – Noor Kartini

Dapat dilihat nasi ayam yang dijual menggunakan bekas plastik lutsinar berkualiti tinggi yang mempunyai pembahagi khas.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan nasi ayam berkenaan dilihat nampak sedap apatah lagi mengguakan beras Basmati dan saiz ayam yang besar.

Meskipun ada yang mengatakan harga tersebut agak mahal berbanding nasi ayam lain yang berada di pasaran namun ianya berbaloi dengan saiz hidangan.

×