Pelakon dan penyanyi Izzue Islam menerima kejutan istimewa daripada isterinya, Awin Nurin sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36 semalam.
Menerusi perkongsian di TikTok, Izzue menerima hadiah sebuah kereta GT-R R35 dan keliharan sebuah lori pameran berkaca membawa kenderaan berkenaan.
BACA: “Setiap Masa, Setiap Saat Memang Aku Nak Dia Dengan Aku” – Izzue Islam
Dalam video berkenaan, Izzu dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa teruja sebaik saja melihat ‘isi’ lori berkenaan yang turut dihiasi riben hiasan gergasi.
Lebih manis, pasangan itu juga turut menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13.
Untuk rekod, Izzue dan Awin yang juga pengurusnya mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013.