Anda perasan tak, sejak semalam media sosial kita dah dibanjiri dengan gambar-gambar yang buat ramai terkejut.
Bayangkan, ada orang beratur panjang di depan kedai! Bukan untuk konsert K-Pop atau pelancaran sneakers terhad, tapi untuk sebuah smartphone! Fuh!

Ya, ini adalah fenomena luar biasa HONOR X9d 5G yang rasmi mula dijual hari ini. Memang pecah rekod la barisan tu! Nampak sangat netizen sanggup berkorban masa demi nakkan smartphone ni. Kedai sah kat mana-mana pun penuh!
Tengok la hype dia. Bukti depan mata, HONOR X9d 5G ni memang gempak sampai dah jadi mid-range phenomenon satu negara.

Fenomena “FOMO” Tak Tertahan: Pra-Tempah Habis Licin dalam 3 Hari!
Kalau anda rasa beratur hari ini dah hype, tunggu dulu. Tahap “fomo” (fear of missing out) untuk HONOR X9d 5G ni sebenarnya dah bermula jauh lebih awal.
Kempen pra-tempah sepatutnya berlangsung dari 24 September hingga 9 Oktober. Tapi, apa yang terjadi? Semua stok habis dijual sepenuhnya dalam masa hanya TIGA HARI gais! Bapak gempak gila!

Ini memang bukan main-main, tetapi ‘sold out’ di semua saluran online dan offline, mencapai prestasi jualan ‘fenomena’! Paling power, rekod penjualan ini juga memecahkan rekod penjualan terpantas yang dipegang oleh model terdahulu, HONOR X9c 5G. Kuat betul penangan dia!
Siri X HONOR Dinobatkan “Best-Selling Mid-Range Smartphone” ASEAN!
Kenapa orang sanggup beratur dan buat jualan laris macam ni? Angka penjualan tak pernah menipu.
Siri X HONOR ini memang king dalam pasaran mid-range, melonjak dari 33% penguasaan pasaran pada 2023 kepada 56% pada 2025. Ini bermakna, satu daripada setiap dua smartphone kelas pertengahan yang dijual di Malaysia adalah dari siri HONOR X!

Disebabkan prestasi luar biasa inilah, HONOR X Series telah diiktiraf dengan Rekod Rasmi ASEAN sebagai “Best-Selling Mid-Range Smartphone”. Gelaran ini adalah bukti kukuh kejayaan HONOR dalam mendapatkan kepercayaan jutaan rakyat Malaysia.
Rahsia Tarikan Kuat: Upgrade Enam Kali Ganda dan Jaminan Extra
Kejayaan luar biasa HONOR X9d 5G datang dari enam peningkatan utama yang mentakrifkan semula standard mid-range. Peningkatan ini merangkumi ciri yang terus menjawab keperluan pengguna seperti ketahanan yang diperbaiki, bateri kapasiti besar, dan prestasi yang kuat dan lancar.

Lebih menarik, HONOR memberi perlindungan selepas jualan yang paling meluas di pasaran:
1. Warranti Lanjutan Satu Tahun PERCUMA.
2. Perlindungan Skrin Pecah Depan dan Belakang 365 Hari.
3. Warranti Kerosakan Cecair (Liquid Damage) Satu Tahun.
Perlindungan sebegini menjadikan HONOR X9d 5G satu-satunya smartphone di pasaran yang menyediakan liputan seluas ini.
Di Mana Nak Beli dan Apa Free Gift?
Bagi yang masih mencari dan tak nak terus kena fomo, HONOR X9d 5G kini boleh dibeli di seluruh negara. Boleh didapati di kedai pengalaman HONOR, laman web HONOR, kedai rasmi di Lazada, Shopee, TikTok Shop, serta pengedar sah seperti Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

Sekiranya anda membuat pembelian, anda akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM946, termasuk HONOR Watch 2i dan semua pelan perlindungan komprehensif yang disebutkan tadi.

Memang berbaloi dengan hype yang melanda! Adakah anda salah seorang yang berjaya mendapatkan unit pertama hari ini? Kongsikan pengalaman anda!