Bella Astillah Bawa Keluarga Ke Perancis Guna Duit Simpanan

Umum mengetahui, baru-baru ini pelakon dan penyanyi Bella Astillah dilihat ke Perancis bersama keluarganya serta bagi memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang menyertai Kejuaraan Ironman Dunia 2025.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella berkata dia ke sana atas urusan kerja namun memandangkan ketika itu adalah cuti sekolah dia membawa keluarganya ke sana.

BACA: Asyik Minta Dukung, Bella Astillah Nak Kurangkan Anak Jumpa Syed Saddiq

Menurut Bella, dia tidak sanggup untuk ke sana sendirian apatah lagi kedua-dua anaknya iaitu Ayden dan Ara mengimpikan untuk ke Paris.

“Akhirnya saya dapat kongsikan mengenai perjalanan kami ke Perancis. Pada mulanya, saya ke sana hanya untuk urusan kerja (Prima Valet).

“Namun apabila menyedari ia jatuh pada cuti sekolah, saya tidak sanggup menikmatinya seorang diri, lebih-lebih lagi kerana Ayden dan Ara sudah lama impikan untuk ke Paris.

“Alhamdulillah, saya berpeluang membawa bukan sahaja mereka berdua, malah ibu bapa serta adik bersama,” tulisnya.

Tambah Bella lagi, tiket penerbangan dan hotel diperoleh sehari sebelum berlepas serta semua perbelanjaan ditanggung sendiri olehnya.

“Tiket penerbangan dan hotel hanya dapat ditempah sehari sebelum berlepas dan semuanya ditanggung sendiri oleh saya. 

“Syukur alhamdulillah atas rezeki. Happy sangat dapat gembirakan keluarga, terutamanya anak-anak.Terima kasih,  September,” tulisnya.

Sumber: mStar Online

×