Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsikan mengenai gelagat anak-anaknya yang akrab dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Menerusi perkongsian di Facebook, seorang pengguna memuat naik video dimana Bella mengatakan dia berseloroh tidak mahu anak perempuannya, Ara Adreanna untuk sering berjumpa Syed Saddiq.
BACA: Bella Astillah Buat Kejutan, Bawa Anak-Anak Ke Perancis Sokong Syed Saddiq
Menurut Bella, anak perempuannya itu terlalu manja dan sering minta untuk di dukung apabila bertemu Syed Saddiq.
“Kita pun memang kena kurangkan untuk berjumpa dengan YB Syed Saddiq. Sebab dia (Ara) kalau jumpa YB je mesti minta nak peluk. Nak angkat-angkat orang penat, manja sangat,” katanya.
Bagaimanapun, Syed Saddiq mempersoalkan mengapa perlu kurangkan Ara dan Ayden untuk bertemu dengannya kerana dia tidak kisah untuk melayan anak-anak Bella.
“Kenapa perlu kurangkan, salah ke,” katanya.
Difahamkan, Bella ke Perancis bersama keluarganya untuk memberi sokongan kepada Syed Saddiq yang menyertai Kejohanan Dunia Ironman 2025 yang berlangsung pada 14 September lalu.