Ibu kepada pelakon Ardell Aryana dilapor bakal menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh pendakwah bebas, PU Rahmat Ikhsan menerusi perkongsian di media sosial sebentar tadi.
BACA: “Ardell Hantar Bantuan, Kenapa Saya Dikecam Cakap Suami Tak Guna Biarkan Isteri Ke G?”
Menerusi hantaran berkenaan, PU Rahmat turut memohon orang ramai mendoakan agar dipermudahkan urusan pembedahan serta ibu Ardell segera sihat.
“Ibunda Kak Ardell akan menjalani pemebedahan memotong kedua belah kakinya.
“Mohon doakan ibunda Ardell selamat, sihat dan kembali ceria seperti biasa. Saya dan krew muslim juga akan solat hajat malam ini di atas kapal,” katanya.
Bagaimanapun, tidak dikongsikan lebih lanjut punca kedua-dua kaki ibu Ardel terpaksa dipotong.