Penyanyi Yuna hilang ribuan pengikut termasuk tawaran persembahan di luar negara susulan lantang bersuara tanda sokongan terhadap Palestin.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Yuna berkata dia mula menyedari perubahan itu sejak dia berkongsikan mengenai kekejaman di G4Z4.
BACA: Yuna Inginkan Anak, Tekad Kembali Menetap Di Malaysia
Saya tahu ini sukar, tetapi saya ada di sini bersama kamu (Palestin). Saya lihat ramai yang mempunyai jutaan pengikut dan platform besar memilih untuk berdiam diri, sedangkan kita semua sedang menyaksikan Gaza dimusnahkan di depan mata.
“Sejak saya mula berkongsi kandungan mengenai tembikai, saya kehilangan pekerjaan, malah ada yang saya tolak sendiri.
“Saya hilang kawan, tidak lagi menerima undangan persembahan di luar negara dan kehilangan lebih 4,000 pengikut,” luahnya.
Sementara itu, Yuna berkata meskipun berdepan ujian berkenaan namun dia tetap positif dan berharap agar semua yang berlaku berada dalam keadaan baik.
“Ada hari saya rasa sangat teruk, ada hari seolah masih ada harapan. Kadang-kadang terasa sukar apabila orang yang saya bekerjasama berpura-pura tiada apa berlaku, seolah genosid itu bukan realiti.
“Ada hari saya menangis, tetapi setiap hari jiwa saya tetap ada. Dengan jiwa yang masih kuat, saya tahu semuanya akan baik-baik saja,” katanya.
Sumber: BH Online