Baru-baru ini pelakon sensasi Zarina Anjoulie sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dilihat memuat naik video mesra bersama individu yang pernah terpalit kontroversi besar iaitu Hot Daddy.

Menerusi video dikongsikan memaparkan pelakon itu dilihat sedang berbaring di sebelah lelaki berkenaan. Susulan perkongsian berkenaan, ada yang meluahkan rasa kecewa terhadap pelakon itu.

BACA: Zarina Anjoulie Kongsi Video Mesra Dengan Hot Daddy

Bagaimanapun, Hot Daddy atau Daddy Ash dilihat ada memuat naik hantaran agar netizen tidak perlu berpura-pura kecewa terhadap Anju kerana pelakon itu sering menjadi sasaran kritikan.

Terdahulu, Anju ada menulis kapsyen meminta netizen untuk melanggan saluran Telegram dan pautan berkenaan ada diletakkan di profil Instagram miliknya.

Anju berkata dia memuat naik kandungan di saluran berkenaan namun enggan mendedahkan video yang dikongsikan.

×