Pelakon Anzalna Nasir mengakui sebelum ini dia pernah bebelanja besar sehingga mencecah RM100,000 untuk membeli barangan mewah.

Menerusi satu hantaran di Threads, Anzalna berkata dia kini sedar dengan harga satu barangan tersebut boleh membantu mereka diluar sana yang lebih memerlukan.

BACA: “Mungkin Dah Meninggal Kot” – Anzalna Dedah Kawan Berhutang, Tak Reti Bayar

“Dulu saya boleh dengan mudah berhabis lebih RM100,000 untuk jenama mewah. Sekarang saya masih beli benda yang saya suka tapi tidaklah segila dulu. Sebab sekarang saya sedar….

“…harga satu beg berjenama itu sebenarnya boleh memberi makan kepada banyak keluarga, menyokong ibu bapa yang sedang bergelut atau membantu seseorang untuk bangkit semula,” tulisnya.

Sementara itu, Anzalna berkata semakin meningkat usia dia kini hanya mahu mendekatkan diri kepada Allah dan merasakan kehidupan lebih bermakna apabila melakukan kebaikan.

“Semakin saya meningkat usia, hati saya hanya mahu semakin dekat dengan Allah. Hidup rasa lebih bermakna bila saya gunakan untuk buat kebaikan, memberi dan mencari keberkatan-Nya. Saya harap saya akan kekal begini, insya-Allah. Doakan saya,” tulisnya.

×