Perkongsian anak kepada ahli perniagaan terkenal yang juga pengasas Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad iaitu Irdina Hakim menjadi perhatian.

Menerusi hantaran itu, Irdina memuat naik paparan akhbar bertajuk ‘Suami Pengasas Dnars Diperintah Pulangkan Semula Wang Tunai Milik Arwah Isteri RM1.3 Juta’.

BACA: Anak Pengasas Dnars Ugut Mahu Bunuh Bapa Tiri?

Irdina turut mengatakan bahawa Allah tidak pernah tidur serta menitipkan nasihat untuk tidak ‘makan’ harga yang bukan hak milik kita.

Bagaimanapun, Irdina berkata ianya bukan tentang harta tetapi mengenai hak serta keadilan dan dia menyerahkan soal tersebut kepada pihak yang lebih arif.

Terdahulu, suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars, Ahmad Shah Rizal diperintah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk mendepositkan semula wang tunai milik arwah isteri ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka arwah

Akaun pentadbir bersama turut dimiliki oleh anak sulung arwah Faziani, iaitu Aqbar Hakim Jasman.

Difahamkan Ahmad Shah Rizal pernah memfailkan tuntutan harta sepencarian dan salah satunya adalah wang tunai RM1.3 juta yang berada di dalam peti besi sebelum diambil olehnya.

×