Kalau korang fikir minggu fesyen tu cuma orang catwalk lepas tu balik, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 dah buktikan sebaliknya. Dari 4 hingga 10 Ogos lepas, lebih 15,000 tetamu hadir sepanjang seminggu berlangsungnya acara ini.

Kuala Lumpur menjadi pentas utama fesyen Asia Tenggara apabila lebih 55 pereka dan jenama mengambil alih KLCC dengan koleksi yang buat ramai ternganga.

Dari songket tradisional yang di-remix jadi high fashion, sampai streetwear yang gila next level, inilah minggu yang buat IG feed semua orang penuh dengan momen runway dan OOTD yang memang padu.

No wonder lah KLFW sekali lagi buktikan kenapa ia kekal sebagai acara fesyen paling besar dan berprestij di Malaysia.

Bertempat di hadapan Menara Berkembar PETRONAS yang ikonik, edisi ke-13 ini benar-benar memukau dengan gabungan pentas bergaya, koleksi kreatif dan momen yang membuatkan ramai tak berhenti bercakap di media sosial.

Mana tidaknya, dari nama otai yang dah sinonim dalam dunia fesyen hinggalah ke pereka muda yang baru nak mencipta nama, semua hadir dengan koleksi yang memecah sempadan.

Tambahan lagi, penonton dibawa menyelami keindahan songket dan tekstil warisan, sebelum dihidangkan dengan streetwear moden yang bold dan edgy.

Boldness Unlocked, Beb!

Tema tahun ni adalah Boldness Unlocked. Dan bukan setakat koleksi pereka yang berani, venue dia pun dah menang awal-awal.

Struktur single-storey monochrome kali ni dihiasi grafik segar dan hampir menutup keseluruhan Esplanade. Lebih besar, lebih gah, dan mengalahkan versi 2024. Dengan latar ikonik Menara Berkembar PETRONAS, memang vibe dia tip-top.

Setiap hari, ratusan tetamu VIP, media, influencer dan penggemar fesyen membanjiri lokasi. Yang tak sempat masuk dewan pun tetap dapat ikut vibe melalui siaran langsung di skrin LED gergasi di luar.

Kolaborasi dan Momen Paling Onz

Antara persembahan yang paling jadi buah mulut penonton adalah Muni dan Sofia Iman yang mengangkat seni tekstil warisan dengan sentuhan moden yang segar.

Larney dan Afiq M pula hadir dengan koleksi klasik serba hitam yang elegan tapi tetap ada aura berani. Kehadiran semula nama besar seperti Ezzati Amira, Hatta Dolmat, Maarimaia, Mimpikita, Neonate dan Private Stitch tambah lagi kemeriahan.

Bakat baru seperti Akmal Hakim, ShazNash, Ugly Pretty, HUNTILANAK dan MOKJY mencuri tumpuan dengan rekaan segar dan berani. Sementara itu, Radzuan Radziwill dan Teh Firdaus sekali lagi membuktikan mengapa mereka dianggap ikon couture tempatan.

Design To Sustain

Segmen ini juga mengetengahkan rekaan lestari daripada pemenang KLFW Designer Search 2024 iaitu Raja Irfan, Mei Mei dan Salahuddinhilmi. Koleksi mereka bukan sahaja cantik dipandang malah membawa mesej kepentingan kelestarian dalam fesyen.

KLFW Sebagai Gerakan Komuniti

Pengasas KLFW, Andrew Tan menyifatkan edisi tahun ini sebagai bukti bahawa KLFW bukan sekadar runway. Ia adalah satu pergerakan komuniti fesyen yang menggabungkan pereka, penaja, industri dan peminat dalam satu platform.

“Kami teruja dapat meraikan lagi satu tahun penuh impak untuk fesyen tempatan. Dalam lebih 10 tahun, KLFW dah berkembang daripada sekadar acara kepada platform besar yang menolak fesyen ke hadapan. Terima kasih kepada semua penaja, rakan kerjasama, pereka dan komuniti yang sentiasa menyokong. Dengan Visit Malaysia 2026 makin dekat, tunggu je… KLFW 2026 confirm lebih meletup.”

Dengan sokongan padu Suria KLCC, KLCC Holdings, L’Oréal Paris, Poh Kong, MOCCONA dan vivo Malaysia, acara ini berlangsung dengan penuh gemilang.

Momen Penting Tahun Ini

Pertunjukan pembukaan Suria KLCC Presents Sofia Iman jadi antara persembahan paling dinanti, disusuli berita pembukaan butik Rizman Ruzaini di Suria KLCC hujung tahun ini.

L’Oréal Paris Malaysia juga memastikan glam dan kecantikan di landasan sentiasa on point sebagai Rakan Rasmi Kecantikan, Solekan dan Rambut.

KLFW 2025 Tinggalkan Jejak

KLFW 2025 tinggalkan kita dengan inspirasi, trend baru dan ratusan foto street style yang akan terus berlegar di Instagram untuk minggu-minggu akan datang.

Dari detik runway hingga momen belakang tabir, minggu fesyen kali ini buktikan yang Kuala Lumpur memang layak berdiri setaraf dengan kota fesyen dunia.

Tahun ni membuktikan yang industri fesyen Malaysia tak duduk diam. Dengan gabungan bakat veteran dan darah baru, KLFW kekal sebagai pentas utama untuk idea segar, bold creativity, dan gaya yang tak takut untuk melawan arus.

Nak tengok recap penuh dan gambar-gambar runway look yang buat korang tak senang duduk? Terus singgah ke laman rasmi KLFW atau follow @KLFashionWeek di Facebook dan Instagram. Sebab kalau korang rasa tahun ni dah padu…tunggu tahun depan pula.

×