Nilai mata wang kripto Bitcoin mencecah $124,157 (~RM 521,149) pagi ini dan ia adalah nilai tertinggi dalam sejarah. Tahun 2025 ialah tahun rollercoaster pasaran kripto dengan nilai Bitcoin menjunam ke sekitar $86,000 pada Februari sebelum kembali mencecah $123,000 dua minggu yang lalu.

Peningkatan nilai Bitcoin hari ini adalah disebabkan keputusan Amerika Syarikat menyokong aset digital digunakan untuk simpanan persaraan menandakan kerajaan bersedia menyokong wang kripto sepenuhnya. Sejak April tahun ini, nilai Bitcoin meningkat lebih 30%.
Walaupun nilai tertinggi dalam sejarah berjaya dicatatkan beberapa jam lalu, nilainya kini kembali susut ke sekitar $122,000 pada waktu artikel ini ditulis.
Sumber: Amanz