Kalau korang fikir Merdeka tu cuma pasal perarakan, bendera dan lagu patriotik, tahun ni BIG Pharmacy tunjukkan versi lain yang buat kita rasa lebih ‘connect’. Simple, real, dan penuh semangat Malaysia.
Ya, video Merdeka tahun ni sebenarnya ‘adik’ kepada iklan Raya yang pernah viral tu. Tapi kali ni, jalan cerita dia lebih menyentuh dan yang paling best, ada babak “Angkat Rumah” versi AI. Siapa sangka, tradisi kampung boleh masuk balik dalam scene moden guna teknologi?
Kalau dulu angkat rumah perlukan satu kampung dan peluh jantan, kali ni scene tu dibawa hidup balik dengan bantuan AI. Bukan CGI kosong, tapi visual yang bercerita. BIG Pharmacy bijak guna teknologi bukan untuk tunjuk hebat, tapi untuk bawa nilai gotong-royong tu ke generasi baru.
Dia bukan sekadar scene viral, tapi satu peringatan bahawa Malaysia maju bukan sebab teknologi je, tapi sebab rakyat yang saling bantu.

Di sebalik video yang kreatif ni, mesej utama masih jelas iaitu mengenai kesihatan dan komuniti tak boleh dipisahkan.
BIG Pharmacy bukan je tempat mencari panadol masa kecemasan tapi simbol tempat rakyat Malaysia dari pelbagai latar datang cari satu benda iaitu harapan.

Di situ, kita nampak makcik-makcik, student, atuk-atuk, dan ibu muda semua hadir untuk jaga kesihatan diri & keluarga. Menariknya, BIG Pharmacy berdiri sebagai penjaga kesihatan yang mudah dicapai dari bandar ke kampung.
Kalau korang nak tahu, tagline BIG Pharmacy kali ni bukan klise. “Rakyat Berbilang, Sehati Sejiwa” bawa mesej besar di mana kita mungkin berbeza cara hidup, budaya dan gaya, tapi bila ada sesuatu yang menyatukan kita (macam kesihatan & keprihatinan), kita tetap kuat.
Melalui video ni, BIG Pharmacy tak sekadar jual ubat tapi jadi penghubung antara generasi lama dan muda, antara tradisi dan teknologi. Ha sebelum kami terlupa, korang yang nak menikmati promosi Merdeka di BIG Pharmacy tekan SINI okey!