Baru saja ke Singapura untuk menjalani latihan sebagai pramugari di Singapura, anak kepad usahawan terkenal, Kak KM iaitu Nabila Razman memaklumkan dia sudah pun berhenti dari pekerjaan berkenaan.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Nabila berkata dia percaya ada hikmah disebalik keputusannya untuk meletakkan jawatan.
BACA: “Nabila Diterima Jadi Pramugari Singapore Airlines” – Kak KM Sedih Berjauhan Dengan Anak
“Mesti ada sebab mengapa tuhan pusing hati saya. Tiba-tiba sahaja nak letak jawatan. Saya percaya semuanya ada hikmah,” katanya.
Bagaimanapun, Bella meluahkan rasa syukur di atas peluang berkenaan apatah lagi dalam ribuan yang memohon pekerjaan berkenaan dia antara yang terpilih.
“Saya nak ke peringkat itu bukan senang terutama ketika temu duga. Tapi Alhamdulillah saya cuba kali pertama sahaja dan terus dapat. Dalam ribuan orang yang mohon, saya antara orang yang dapat,” katanya.
Dalam pada itu, Nabila berkata dia yakin dengan rezeki serta berpendapat pekerjaan itu bukan untuk dirinya dan dirinya juga tidak gembira.
“Saya rasa tak boleh, pekerjaan itu bukan untuk saya. Saya pun tak gembira, mama pun menangis dekat rumah. Sudah tertulis, rezeki saya bukan dekat sana. Kerja dekat sana okay sahaja, cuma saya yang tak boleh,” katanya.