Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video bersama penyanyi Henry Moodie di TikTok.
Menerusi video tersebut, Daiyan dan Henry membuat trend yang sedang popular di media sosial iaitu Illegal, namun ramai yang kurang senang melihat penyanyi itu dilihat tidak menjaga batas.
BACA: “Adakah Ini Negara Barat?” – Netizen Tegur Daiyan Trisha Pakai Singlet
Diruangan komen, ada netizen bertanyakan dimana batas antara wanita Muslim dengan seorang lelaki serta ada yang mempersoalkan mengenai ibadah umrah Daiyan.
Sementara itu, ada yang mempersoalkan tindakan Daiyan serta tertanya-tanya adakah penyanyi itu tidak tahu mengenai hukum hakam.
