Penyanyi Black enggan mengulas mengenai isu membabitkan empengaruh, CEO Batu yang didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun.
Memetik Oh Bulan, Black bagaimanapun menyifatkan pempengaruh itu seorang yang menjaga turut kata serta tidak lokek mengucapkan terima kasih.
BACA: Ibu Mangsa Dedah Anak Jadi Pendiam, Trauma Terima Gambar Parut CEO Batu
“Saya tak mahu komen apa-apa sebab kita pun tak tahu mengenai isu ini. Untuk isu ini, saya sebagai seorang abang yang mengenali dia, dia seorang yang sangat menjaga tutur bahasa bila bercakap. Dia suka berterima kasih cuma muka dia sajalah yang ganas,” katanya.
Sementara itu, Black turut menitipkan nasihat kepada rakan-rakan artis serta pempengaruh agar menjaga tingkah laku kerana bimbang kerjaya yang dibina ‘hilang’ begitu saja.
“Sebagai seorang abang, saya ingin nasihatkan kepada rakan-rakan dan pempengaruh yang lain untuk jaga diri.
“Isu seperti ini akan merosakkan kredibiliti mereka sebagai pempengaruh yang dikenali. Kerjaya mereka akan ‘habis’ macam itu sahaja. Saya tak naklah jadi macam itu sebab sayang, rezeki ini Allah yang bagi, tak senang,” katanya.
Sumber: Oh Bulan