Usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa terkejut apabila salah sebuah rumah miliknya diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff dilihat menyerbu rumah berkenaan dan kelihatan seorang wanita warga asing dipercayai menceroboh rumahnya serta menjalankan aktiviti pelacuran.

BACA: Aliff Syukri Dedah Bonda Rozita Selalu Lebihkan Menantu

“Dia jual diri ni, 5 lelaki 1 wanita.  Kenapa kamu datang rumah saya bawa lima lelaki? Kenapa masuk rumah orang. Pakai seksi macam ni. Jangan sampai aku lepuk muka kau,” katanya menahan marah.

Sementara itu, Aliff berkata dia tidak sangka rumahnya dijadikan sarang pelacuran dan penagih dadah serta bertanyakan apa yang patut dia lakukan.

“Rumah Papa, dibuatnya sarang pelacuran dan sarang Dadah. MasyaAllah, apa yang perlu papa buat. Papa Buntu dan kecewa sangat sangat.. Patot ke papa lepaskan atau Papa call polis? soalnya.

×