“Mereka Tawar RM6 Juta Tapi Dengan Syarat Saya Kena Buka Tudung” 

Penyanyi Shila Amzah mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk menjadi duta produk di China dan ditawarkan bayaran sebanyak RM6 juta.

Menerusi temu bual bersama radio Sinar, Shila bagaimanapun terus menolak tanpa berfikir panjang apabila diberikan syarat untuk membuka tudung.

BACA: Ibu Shila Amzah Akui Sedang Berkenalan Dengan Seseorang

@suriamalaysia

10 JUTA??!! Nasib baik Shila Amzah bukan jenis mata duitan kan hm tapi apa kata bagi offer tu dekat min hihi? #suriamalaysia #segalanyahiburan #morningmorningsuria #mms

? original sound – Suria Malaysia – Suria Malaysia

“Saya ditawarkan menjadi duta untuk iklan syampu rambut. Saya ada terfikir juga macam mana saya nak buat sebab saya bertudung.

“Mereka tawarkan 10 juta yuan (RM6 juta) dengan syarat saya perlu buka tudung. Masa tu saya sudah berhijab. Saya terus tolak, tak payah fikir pun,” katanya.

Terdahulu, Shila mula mencipta nama di China selepas bergelar juara pertandingan nyanyian Asian Wave pada 2012.

×