Pelakon Fattah Amin memohon maaf kepada anaknya, Nur Fatima Aisya kerana tidak dapat hadir ke acara sekolah untuk melihat persembahan tarian puteri kesayangannya itu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Fattah berharap dia dapat bersama dengan Fatima pada hari tersebut namun dia kini berada di New Zealand menjalani penggambaran drama.
BACA:Tak Dapat Hadir Acara Sekolah Fatima, Fatah Amin Minta Maaf
Bagaimanapun di Threads, ada individu seolah tidak berpuas hati dengan tindakan Fattah itu yang didakwa memuat naik ucapan untuk anak selepas dua hari acara sekolah anaknya.

“Rakan sekerja tak sihat dapat special post, bunga, lawatan sang bunda, anak buat persembahan sekolah, screenshot IG story anak, buat ucapan lepas 2 hari, terpaling sibuk sambil buat content menari di TikTok,” tulis individu itu.
Diruangan komen rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan individu itu serta ada yang mempersoalkan jika tidak dapat hadir mengapa tidak boleh kirimkan hadiah untuk anak sempena persembahan tersebut.
Sementara itu, ada netizen yang mendakwa Fattah memuat naik hantaran mohon maaf selepas dikecam netizen
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan ada ada saja tak kena di mata netizen, apabila berkongsikan dianggap salah tidak kongsikan juga salah. Malah, netizen mengatakan tidak perlulah masuk campur mengenai kehidupan orang lain.

Sumber: Threads