Penyanyi Saiful Malaysian Idol berkata dia menyimpan hasrat untuk kembali dalam industri muzik tanah air namun dia menyedari penampilannya menyerupai wanita sukar diterima masyarakat.

Memetik mStar Online, penyanyi berusia 39 tahun itu beranggapan mungkin belum rezeki buat dirinya untuk kembali bergelar penyanyi.

BACA: “Naluri Saya Dah Lama Macam Ni” – Saiful Malaysian Idol Tak Mahu Jadi Hipokrit

“Saya memang ada niat nak buat kemunculan semula, namun dengan diri saya sekarang agak sukar rasanya. Jadi saya anggap belum ada rezeki buat saya untuk dapat peluang ini,” katanya.

Sementara itu, Saiful berkata selepas dia tiada tawaran menyanyi, dia kini bekerja sebagai jurusolek pengantin. Tambahnya lagi, dia mahu kembali dalam dunia nyanyian namun tiada siapa yang sanggup tawarkan undangan.

“Tapi kalau diikutkan, saya memang nak sangat berkembang kembali dalam industri muzik, cuma memang sampai sekarang belum dapat apa-apa undangan,” katanya.

Sumber: mStar Online

×