“Dari Dulu Saya Tak Suka Pakai Seksi” 

Pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah berkata dia mengakui terdetik untuk berhijab seperti rakan selebriti lain namun dia tidak mahu hanya mengubah imej tanpa perbaiki sikap serta peribadinya.

Memetik Utusan Online, pelakon berusia 47 tahun itu berkata hasratnya untuk berhijab terlalu peribadi untuk diceritakan secara terperinci.

BACA: Kekal Awet Muda Di Usia 42 Tahun, Ramai Puji Kecantikan Sarimah Ibrahim

“Bertudung memang sudah menjadi hasrat saya namun ia sesuatu yang sangat peribadi. Memang rasa terdetik itu sudah ada, ia hadir mungkin kerana faktor kematangan usia.

“Saya memikirkan juga apa maksud cantik? Apa yang lebih penting dalam hidup? Bukan hanya tentang mahu pakai tudung sahaja tapi kena pastikan ia seiring dengan perubahan dalaman.

“Saya tidak mahu bila sudah ambil langkah ke hadapan, kita undur semula ke belakang beberapa langkah. Semua orang ada perjalanan masing-masing, cuma bila kita buat sesuatu, buatlah betul-betul,” katanya.

Sementara itu, Sarimah berkata sejak awal penglibatannya dalam dunia seni dia menjaga dalam soal pemakaian dan selesa mengenakan ‘inner’ jika busana yang digayakan dilihat terlalu mencolok mata.

Malah, Sarimah berkata dia mengakui tidak selesa apabila perlu mengenakan pakaian seksi dan caranya berpakaian bukan atas pemintaan suaminya.

“Sebelum saya berkahwin, saya memang tidak suka berpakaian terdedah. Saya rajin pakai inner macam zaman buat Akademi Fantasia dulu. Bukan jiwa saya ke arah seksi, mungkin saya lebih ikut darah wanita Johor.

“Bila kena pakai seksi saya jadi tak selesa. Cuma belum bertudung sahaja. Cara berpakaian ini bukan permintaan suami ya, semuanya kerelaan sendiri,” katanya.

Sumber: Utusan Online

×