Pempengaruh dan usahawan, Cik B mendedahkan pendapatannya mencecah setengah juta sebulan hasil perniagaan produk miliknya.
Menerusi satu temu bual di TikTok, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci jumlah sebenar pendapatannya.
BACA: “Dia Hanya Kawan Baik, Saya Lebih Suka Berkawan Dengan Orang Sekufu” – Cik B
“Income sebulan lebih RM500,000. Tapi saya tidak boleh cakap berapa jumlah sebenar,” katanya.
Sementara itu, Cik B menitipknan pesanan kepada generasi muda di luar sana untuk bekerja keras serta bersungguh-sungguh untuk mencapai impian.
“Perlu sentiasa ‘push’ diri kita untuk bekerja kerasa walaupun kita tidak suka benda tu. Perlu cari apa yang kita suka buat.
“Bila kita tahu apa yang kita suka baut, kita lagi lebih bersemangat untuk buat perkara tersebut,” katanya.
Diminta untuk mengulas mengenai stigma yang mengatakan Gen Z pemalas, Cik B berkata masalah kesihatan mental antara faktor atau mungkin mereka selesa dengan kehidupan dimiliki.
“Saya rasa banyak faktor termasuk masalah kesihatan mental. Tetapi tak boleh nak salahkan benda itu seratus peratus. Mungkin ada yang malas disebabkan cara hidup mereka. Mungkin mereka sudah selesa dengan kehidupan sedia ada,” katanya.