Hubungan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Belum Dapat Restu Bapa

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan mengakui dia masih belum mendapat restu darpada bapanya mengenai hubungannya dengan aktor terkenal Indonesia, Jefri Nichol.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Ameera berkata dia hanya mampu berdoa dan meletakkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah serta mengatakan bahawa dia sayangkan Nichol.

BACA: Jefri Nichol Dedah Ameera Khan Larang Berlakon Adegan ‘Dewasa’

“Saya sentiasa berdoa agar dikurniakan jodoh yang terbaik di sisi Allah. Saya langsung tak pernah berdoa minta yang ‘saya nak sangat lelaki ni’ dan sebagainya. Saya tak pernah macam itu.

“Saya selalu berdoa supaya Allah menjaga hubungan ini. Saya berdoa semoga Allah mempermudahkan segalanya jika Nichol adalah orangnya.

“Saya sayangkan Nichol sangat-sangat, tetapi saya tidak mahu menentang ketentuan Tuhan. Saya percaya di atas ketentuan dan perancangan-Nya terhadap saya. Itu adalah yang pertama sekali,” katanya.

Sementara itu, Ameera bagaimanapun bersyukur ahli keluarga yang lain sukakan Jefri dan kali pertama hubungannya mendapat reaksi positif daripada keluarga.

“Daddy belum lagi, tapi ‘soon’ insyaa-Allah. Bila bercakap pasal daddy, ia membuatkan saya takut. Tapi, ini adalah sesuatu yang serius. Insyaa-Allah nanti, pada masa yang tepat,” katanya.

×