7.7 Shopee Sale Kembali Buat Ramai Gagal Move On Dari Cart!

Kalau korang jenis suka shopping dengan bijak, ni lah waktu yang paling ditunggu-tunggu! Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun kembali semula dengan tawaran yang bukan biasa-biasa, siap pakej separuh harga, penghantaran percuma, dan paling win barang order hari ni sampai esok hari! Ya, zaman tunggu parcel seminggu tu dah boleh tinggal dalam sejarah.

Sepanjang kempen 7.7 ni, Shopee betul-betul turun padang bagi peluang untuk semua pembeli grab barang keperluan dan kehendak dengan harga yang confirm buat korang tersengih waktu checkout.

Yang paling best, sale kali ni bukan sekadar diskaun kaw-kaw, tapi memang betul-betul mudahkan hidup. Bayangkan, beli barang tanpa perlu bayar caj penghantaran, lepas tu esoknya barang terus sampai depan pintu? Memang sesuai sangat dengan tagline Shopee “Lagi Murah, Lagi Cepat”.

Paling mencuri tumpuan tentunya promosi penghantaran percuma tanpa minimum pembelian. Tak kiralah beli sebatang eyeliner ke, satu pek Milo ke, atau pun casing phone murah-murah, semua layak dapat free shipping. Nak shopping hari-hari pun tak rasa bersalah sebab tak kena caj penghantaran.

Lagi satu yang buat hati terbakar kalau korang tak join diskaun 50% Shopee Lagi Murah setiap hari! Hari-hari ada je deal baru dari pelbagai kategori.

Brand besar pun join sama, dan paling syok bila korang boleh claim baucar potongan 50% dari seller kegemaran korang. Memang satu pengalaman shopping yang buat kita rasa macam menang cabutan bertuah tiap kali buka apps Shopee.

Kali ni juga Shopee memperkenalkan servis yang paling memudahkan rakyat Malaysia yang tak sabar bila shopping iaitu Shopee Lagi Cepat, penghantaran seawal hari esok untuk item tertentu!

Selagi korang sempat checkout sebelum pukul 12 tengah hari, ada banyak produk yang boleh sampai ke rumah secepat 24 jam. Jadi kalau tiba-tiba lip balm hilang, atau charger phone rosak tak payah tunggu hujung minggu. Order hari ni, guna esok! Tapi buat masa sekarang hanya untuk yang duduk di Lembah Klang dapat menikmati perkhidmatan ni.

Bukan itu je, kemeriahan Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun ni makin terasa bila geng Shopee bakal menyajikan rancangan TV khas iaitu Shopee 7.7 Super Showdown: Siapa Paling Best? Tayangan akan berlangsung pada 7 Julai, Isnin jam 9 malam secara langsung di Shopee Live dan TV3.

Rancangan ni confirm buat korang tak kering gusi sebab barisan selebriti yang join memang bukan calang-calang. Antara yang akan memeriahkan malam tu termasuk Sherry Alhadad, Janna Nick, Ajak, Atu, Aya, Nadeera, Mak Kiah Ferry, Sarah Suhairi, Sufian Suhaimi, Aziz Harun dan ramai lagi.

Paling gempak siap ada sketsa kelakar, persembahan menarik, game Goyang Shopee, untuk  korang peluang menangi Syiling Shopee  bernilai hingga 7 juta . Korang tengok je pun boleh dapat Syiling Shopee , siapa tak suka kan!

Untuk korang yang memang jenis pemburu diskaun tegar, Stackable Deals membolehkan korang gabungkan baucar Shopee dengan baucar seller. Nak jimat lebih, ni dia punya rahsia.

Beauty & Fashion Deals jam 12 tengah hari dengan potongan sampai 70% akan buat ramai wanita tak senang duduk. Nak harga murah jangan lupa lock jam siap-siap okey! Siapa cepat dia dapat.

Tak cukup dengan tu, korang juga boleh nikmati potongan harga untuk makanan dan minuman kegemaran termasuklah ZUS Coffee, Pizza Hut, Bask Bear Coffee dan banyak lagi. Bayangkan beli kopi dengan diskaun sampai 77%, lepas tu minum sambil tunggu parcel Shopee sampai esoknya. Nikmat hidup sangat.

Pendek kata, Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun ni memang direka khas untuk korang yang suka shopping tanpa stress.

Ingat, sale ni dari sekarang sampai 9 Julai je, lepas tu harga dah tak kembali macam ni. Jadi jangan tunggu lama-lama, nanti barang hilang depan mata!

Maklumat lanjut DI SINI.

×