“Fatima Ke Yang Post Ni? Kenapa Daddy Video Call Tak Angkat?”

Baru-baru ini perkongsian video di Instagram anak kepada pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya menjadi perhatian ramai.

Menerusi hantaran video itu, Fatima merakam video mengajak bapanya untuk bercuti ke taman tema popular dunia, Disneyland di Tokyo Jepun.

BACA: “Daddy Harap Fatima Tak Lupakan Daddy – Luahan Fattah Amin Undang Sebak

Fatima dilihat memujuk Fattah untuk membawanya bersama datuk dan nenek untuk ke sana dan pada akhir video berkenaan kanak-kanak berusia empat tahun itu turut meluahkan rasa sayang pada bapanya.

“Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma kat Tokyo Disneyland. Nyamma nak pergi, daddy Nyamma nak pergi dengan daddy Tokyo Disneyland, dengan nenda dengan atuk. Daddy Nyamma nak please. I love you daddy,” katanya.

Sementara itu, di Insta Story Fattah ada memuat naik semula video berkenaan serta bertanya mengapa Fatima tidak menjawab panggilan video.

×