Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha menerima kecaman ramai susulan penampilannya mengenakan pakaian terdedah dalam satu perkongsian video baru-baru ini.

Menerusi hantaran berkenaan, Daiyan berkongsikan momen memaparkan dia sedang bercuti bersama rakan selebriti lain iaitu Azira Shafinaz, Yaya Zahir dan Sophia Liana.

BACA: Daiyan Trisha Akui Single, Ruangan DM Terbuka Untuk Berkenalan

@daiyantrisha22

here’s a sign to go on that girls trip ;)

? original sound – Daiyan Trisha – Daiyan Trisha

Dapat dilihat Daiyan mengenakan baju tidak berlengan sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen dengan pemakaiannya itu serta ada yang mempersoalkan pakaiannya itu dikatakan seperti mengikut negara barat.

Tidak hanya berdiam diri, Daiyan dilihat membalas komen seorang netizen dengan mempersoalkan mengenai pemikiran individu itu yang menghukum seseorang dari segi pemakaian.

Sementara itu, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata yang baik dengan mendoakan agar Daiyan dberikan hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna suatu hari nanti.

×