Pelakon Fattah Amin berkata tindakannya menghadiahkan dua jambangan bunga kepada penyanyi Amira Othman yang dirawat di hospital baru-baru ini sebagai tanda prihatin kepada rakan sekerja.
Memetik Harian Metro, Fattah berkata dia dan Amira terlibat dalam projek bersama dan sudah tentu dia terkesan jika rakan sekerjanya tidak sihat
BACA: Fattah Amin Nafi Nikah Amira Othman 25 Mei Ini
“Saya cuma prihatin. Kami ada projek bersama, jadi bila dia tak sihat, sedikit sebanyak beri kesan kepada saya. Sudah tentu saya akan ambil tahu, lebih-lebih lagi apabila rakan sekerja yang jatuh sakit,” katanya.
Sementara itu, Fattah menafikan dakwaan netizen yang mengatakan pemberian bunga tulip dan mawar kepada Amira ada maksud tersirat mengenai hubungan mereka.
“Saya tak tahu maksud bunga itu. Semua pemilihan dibuat oleh peminat, tapi saya hargai usaha mereka mencari makna di sebalik warna dan jenis bunga. Saya pun rasa terhibur,” katanya.
Dalam pada itu, Fattah berkata ibunya turut melawat Amira kerana keluarga mereka saling mengenali dan bimbang akan keadaan penyanyi itu yang turut mengalami tekanan darah rendah.
“Saya difahamkan keluarga dia pun tak tahu tentang tekanan darah rendah itu, jadi kami pun terkejut,” katanya.
SUMBER: Harian Metro